Sistem Perhubungan Sesama Kita

Salam...beberapa orang member mulai bertanya, apakah program terdekat yang bakal di adakan oleh AJK baru dilantik baru-baru ini di Hulu Langat? Nampaknya rakan-rakan kaunselor sekolah rendah sudah mulai haus program, pengisian buat mereka. Ramai juga nampaknya muka-muka baru dalam dunia kaunseling di Daerah Hulu Langat ini.

Cuma buat masa sekarang, ahli-ahli tidak dapat menyalurkan informasi, idea kepada kepimpinan yang ada.Sebenarnya, kita amat bertuah, setelah yahoo mesengger kian ditinggalkan, facebook telah mengambil alih dunia perhubungan maya ini.

Kita boleh create satu jalan perhubungan untuk kita berinteraksi.Saya percaya ramai kaunselor yang telah mempunyai akaun facebook sendiri.Samada menggunakan nama sendiri atau nama samaran.Terserah lah.

Informasi dari pihak kepimpinan pula tidak sampai kepada ahli-ahli kesleuruhannya. Hanya ahli terpilih sahaja yang dapat mengikuti program baru-baru ini ke Melaka. Mungkin ramai yang tidak tahu, kerana yang dipilih hanya untuk muat sebuah atau dua buah bas sahaja.Sedangkan jumlah kaunselor yang ada di daerah kita lebih dari 150 orang. Bayangkan sekolah rendah sahaja 88 buah. Belum lagi sekolah menengah.
Alangkah cantiknya gambar-gambar yang ada dalam facebook, laptop, power point dan bahan P&P Cikgu bila cikgu rajin edit dengan perisian Photoshop.


Tapi berapa ramai antara kita yang mahir dengan photoshop, sedangkan hati selau duk cemburu bila melihat kekawan pandai edit kawan. Nak tanya bukan mudah dia orang nak ajar kita kan.


Sudahnya kita simpan dan simpan hasrat itu sampai ke sekarang.

Tapi..

Cikgu-cikgu tak perlu risau lagi, sekarang sudah ada ratusan video tutorial bagaimana menggunakan perisian ini. Saya sendiri asalnya kosong bab benda alah ni, tapi lama-lama makin seranok, kawan-kawan pun minta buat banner, backdrop, button batch la dan lain-lain.


DVD Photoshop Top Secret adalah satu Kursus Latihan Photoshop Extreme yang mengajar anda langkah demi langkah, Bagaimana untuk mencipta grafik canggih dan Kesan khas dengan Adobe Photoshop. 4DVD-ROM ini sangat mesra pengguna dengan 16 GIGABAIT tutorial video dan fail projek. Video HD. Sangat Jelas. Anda juga boleh melayari www.photoshoptopsecret.com.


Anda boleh melihat, belajar, mengamal, dan menguasai teknik-teknik ini dimana jua anda berada, tanpa perlu hadir ke kelas yang mahal atau tutor yang rumit. PESAN SEKARANG!


Nanti Dahulu! Anda bukan sahaja akan memiliki 4DVD Utama itu sahaja. Tetapi saya akan memberi DVD Editing Potrait secara Percuma. Semuanya hanya berharga RM40 termasuk kos penghantaran termasuk Sabah dan Sarawak. Apa salahnya melabur hanya RM40 untuk ilmu sebegini seumur hidup. Jangan tunggu lagi.


TEMPAHLAH SEKARANG!


Reply jika anda berminat tentang DVD ini. Saya akan inform tentang proses pembayaran kepada anda. Terima Kasih.

Rintihan Sahabat Bnk

Kita perlu menjemput pihak luar untuk membantu murid-murid kita !, Sama saja samada kita buat program atau tidak, murid kita tetap tidak berubah. Asyik-asyik ceramah...asyik ceramah.... tak de cara lain ke ? Guru bimbingan tak berperanan. Guru Bimbingan asyik keluar aje.... Guru Bimbingan cari duit luar..!. Pandangan lain : Kita tak perlu jemput penceramah luar..... guru bimbingan kita kan ada.... Saya tak percaya dengan ceramah. Puas kita buat program ceramah, murid kita macam itu jugak. Pandangan murid : Bosanlah cikgu asyik ceramah aje....

Begitulah keluhan yang bisa kita dengar. Program BDK kurang / tidak berkesan. Bagaimana pandangan anda guru BDK yang berada di luar sana. Dari Perlis sampai ke Sabah. 

Benarkah ianya tidak berkesan ? Kita baharu sahaja menghantar laporan L4 ke KPM tentu ada rumusan yang telah dibuat. JK Teknikal tentunya boleh menganalisa dapatan dan mengenal pasti adakah sungutan tersebut benar. Jika benar apakah tindakan susulannya ?. Dari sudut pandangan yang bersifat peribadi tanggapan ini adalah berat sebelah. Di sekolah Guru BDK menjalankan aktiviti dengan pelbagai cabaran. Antaranya aspirasi guru bimbingan tidak difahami seperti mana sepatutnya. Walaupun garis panduan perkhidmatan jelas di senaraikan di dalam buku rekod perkhidmatan namun ianya tidak dijadikan rujukkan dan panduan. Ada dalam kalangan rakan guru bimbingan yang mengajar seperti guru lain dengan pelbagai alasan dan hujah. SPPK (Surat Pekeliling Perkhidmatan) guru bimbingan seakan tidak wujud. Tugas Guru Bimbingan dapatkannya di sini sini sini, sini, sini, adalah sebagai panduan. Begitu banyak tugas dan tanggung jawab..... mungkin ini adalah penyebab. Semua dilakukan oleh kami. Program anjuran swasta ? Tentunya berbayar. Berbayaritulah signifikan dengan keberkesanan. Bukankah program yang dilaksanakan di sekolah juga berbayar ? Ya .... murid tidak dikenakan bayaran. Tetapi kos perlaksanaan dari peruntukan BDK. Apakah ada perbezaan program anjuran swasta dan yang dilaksanakan oleh Guru BDK ?. Dari segi isi dan isu yang di ketengahkan, apa yang berbezanya ? Aktiviti yang dijalankan, apa yang berbezanya ? Adakah kerana personal yang mengendalikan ? Apakah mereka lebih berpengalaman berbanding dengan kita yang berada di lapangan bertahun-tahun lamanya ? Jawapannya bagi saya ialah kita masih lagi tidak diiktiraf. Ya pengiktirafan dan kepercayaan. Berapa kali kita dijadikan rujukkan atau pandangan kita diterima pakai ? Kita masih dianggap seperti guru biasa lainnya.... terlalu subjektif untuk kita memperkatakan isu ini di sini.
 
baca lanjut di aspirasidiri.blogspot.com

Laporan Penghantaran Data Perkhidmatan Sesi Bimbingan dan Kaunseling 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami bagi pihak Ju ICT Kebangsaan di bawah Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia, ingin merakamkan Jutaan Terima Kasih atas kerjasama anda semua, kerana telah berjaya membuat penghantaran data L4 bagi tahun 2011.
Jumlah Sekolah 
Sebanyak 4246 buah sekolah telah menghantar data ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.Sedangkan masih ada 2909 buah sekolah lagi yang belum menghantarnya. Jumlah ini sudah ditolak sekolah-sekolah kurang murid dan sekolah tiada kaunselor.

Dari laporan yang kami terima (berakhir pada 2 November 2011), seramai 7415 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling telah menghantar data L4. Seramai 4447 terdiri dari kaunselor sekolah menengah, manakala bakinya (2986) dari sekolah rendah. Dari 7415 orang kaunselor, mereka telah melakukan sebanyak 1,727,246 sesi kaunseling individu dalam masa 10 bulan.

Sesi Kelompok

Dari jumlah kaunselor dan GBSM yang sama, seramai 6 822 089 individu telah menerima perkhidmatan sesi kaunseling kelompok.Jika di agihkan kepada 7415 orang GBSM dan GBK, mereka telah melakukan sesi terhadap 115 orang dalam masa setahun (10 bulan). Ini kerana klien yang menghadiri sesi ini adalah orang yang sama secara purata 3 kali setahun.

Jumlah ini jika menurut Pegawai Kaunseling di KPM, masih rendah dan mengharapkan agar setiap kaunselor agar dapat meningkatkan bilangan klien untuk tahun akan datang. Walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan masa, pertindihan kes dan banyaknya program yang memerlukan banyak pula pengurusan pejabat.

Dalam Perancangan 
 
Untuk masa akan datang, pihak KPM sedang memikirkan bagaimana sesi kaunseling individu dan kelompok dapat di pantau oleh pihak mereka secara online.Ini bermakna, setiap kali sesi dijalankan, kaunselor perlu mengisi data kehadiran sesi dan kes ke dalam sebuah sistem khas. Sistem ini hanya boleh di akses oleh kaunselor dengan mempunyai password tersendiri.

CHAT GBKSM