Sekalung Penghargaan


Assalamualaikum dan tahniah...

Nampaknya Norish dan rakan-rakan Hulu Langat dah melangkah jauh. Betul tu blog tak sehebat laman web, tapi sudah cukup untuk mempromosikan kerja dan diri kita. teruskan dan biarkan orang ramai mengetahui blog yang kita ada. Sham akan buat link nanti supaya semua blog dan semua laman web yang kita ada supaya dapat disatukan dalam satu laman web besar... saya puji kerja Norish dan rakan-rakan..

So.. rakan-rakan di negeri lain... janganlah malu bertanya dengan sedara kita di HUlu Langat... Setakat ini, belum ada orang yang rugi kerana menambah ilmu... Taniah Norish dan selamat maju jaya rakan-rakan Hulu langat....

YM Raja Mazlan
Penolong Pengarah Sub Unit Kaunseling Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

Terimalah Sebuah Harapan

Diharap rakan-rakan kaunselor sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Langat dapat menjadikan kata-kata YM Raja Mazlan sebagai pemicu, untuk lebih maju, berusaha lebih gigih dan cekal menghadapi mehnah hidup. Tuan puan boleh menulis artikel sepanjang masa, kalau tak ada idea, saya berikan sedikit, artikel pertama anda bermula dengan huruf A, carilah apa-apa yang boleh anda karangan dan jadikan sebagai motivasi kepada pembaca. sebagai contoh, angan-angan, dimana perlunya angan-angan dan mana boleh dan tidaknya. Orang seronok bertandang ke blog anda, kerana ada nilai-nilai motivasi, suntikan semangat, perkongsian ilmu dan sebagainya.

Untuk lebih maju lagi, saya sarankan anda meniru gaya En.Adlan MOhd Ali, beliau sentiasa bertandang ke blog rakan yang lain walaupun tidak dikenali, dan mengajak orang itu untuk singgah di blog kita.

Saya rasa, hal ini bukanlah berat bagi anda yang bergelar kaunselor, sebab kita ada sifat ekstrovet.Semangat sosial yang tinggi,apatah lagi bertujuan untuk memajukan diri dan anak bangsa.

Baiklah, saya tinggal blog ini 2 hari,sembari saya terpaksa menghadiri KOnferen Peringkat Kebangsaan di Usim selaku AJK untuk hal itu.Saya percaya anda mempunyai idea yang lebih baik, silakan emel ke kotal mailbox saya di alamat afraima@yahoo.com.

Salam Maju Jaya

Tips Minggu Ini

Anda pernah dengar Yahoogroups? Haha, sebenarnya ianya telah lama wujud, hari ini kaunselorlangat@yahoogroups.com sudah pun mempunyai ahli seramai 130 orang. Anda adalah salah seorang darinya. Silalah buka emel anda dan bacakan apa yang terkirim, serta janganlah segan untuk menjawab.

Anda pun boleh mewujudkan groups untuk komuniti anda, contohnya, SMKDAr@yahoogroups.com ianya bertujuan bagi kita menghantar satu emel kepada semua komuniti dengan hanya sekali menekan butang enter. Senang bukan? Untuk membuat group ini, anda hendaklah melayari www.yahoo.com, pilih disitu Groups, daftarlah dengan mengisi beberapa permintaannya yang tak berat sangat dan invite-lah orang-orang tertentu untuk menjadi ahlinya. Sekian ...Selamat Mencoba

Sham@Norish

CHAT GBKSM