Terimalah Sebuah Harapan

Diharap rakan-rakan kaunselor sekolah rendah dan menengah Daerah Hulu Langat dapat menjadikan kata-kata YM Raja Mazlan sebagai pemicu, untuk lebih maju, berusaha lebih gigih dan cekal menghadapi mehnah hidup. Tuan puan boleh menulis artikel sepanjang masa, kalau tak ada idea, saya berikan sedikit, artikel pertama anda bermula dengan huruf A, carilah apa-apa yang boleh anda karangan dan jadikan sebagai motivasi kepada pembaca. sebagai contoh, angan-angan, dimana perlunya angan-angan dan mana boleh dan tidaknya. Orang seronok bertandang ke blog anda, kerana ada nilai-nilai motivasi, suntikan semangat, perkongsian ilmu dan sebagainya.

Untuk lebih maju lagi, saya sarankan anda meniru gaya En.Adlan MOhd Ali, beliau sentiasa bertandang ke blog rakan yang lain walaupun tidak dikenali, dan mengajak orang itu untuk singgah di blog kita.

Saya rasa, hal ini bukanlah berat bagi anda yang bergelar kaunselor, sebab kita ada sifat ekstrovet.Semangat sosial yang tinggi,apatah lagi bertujuan untuk memajukan diri dan anak bangsa.

Baiklah, saya tinggal blog ini 2 hari,sembari saya terpaksa menghadiri KOnferen Peringkat Kebangsaan di Usim selaku AJK untuk hal itu.Saya percaya anda mempunyai idea yang lebih baik, silakan emel ke kotal mailbox saya di alamat afraima@yahoo.com.

Salam Maju Jaya

No comments:

CHAT GBKSM