Rakan Menulis

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
baca seterusnya

Berita Hari Ini ; Jumaat 29 Ogos 2008


Berpulang ke rahmatullah di Ambang Ramadhan

Malam ini saya mendapat berita duka, bahawa telah kembalinya ke rahmatullah bapa rakan blog kita, Encik Rosli Suyot, Kaunselor Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah atau ringkasnya SAAS. Beliau yang lebih popular dalam dunia blog dengan nama Cikli. Kepada semua sahabat muslimin dan muslimat, mari kita doakan kesejahteraan arwah bapanya di alam baqa, semoga mendapat balasan syurga Firdaus yang tertinggi.


Sijil Karnival Kaunseling

Dalam pada itu, seorang rakan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Kajang memberitahu muridnya yang menyertai acara Karnival Kaunseling di Sekolah Menengah Engku Hussin belum menerima sijil lagi. Sementara itu Enset Dopod taraguna saya yang lalu sudah pun dihantar semula ke kedai lantaran semua nombor simpanan member-member lama hilang tiba-tiba apabila suatu pagi ianya di on kan. Buat masa ini, hanya ada beberapa nombor yang tersisa, ini menyebabkan saya terputus hubungan dengan rakan yang lain dan tidak dapat menghubungi anda. INi termasuklah Encik Zul, Pengerusi Guru Kaunseling Sekolah Menengah.

Harap dapat hantarkan sms, taipkan nama anda, hantarkan pada nombor 019-4424417

Noorhisham Hamzah,S.Sos.I
Pengerusi Majlis Guru Bimbingan Sekolah Rendah
Daerah Hulu Langat
Selangor

Masukkan Terbaru Untuk Anda

Khusus untuk sahabat blogger dan kaunselor Daerah Hulu Langat, kotak dialog yang anda gunakan ini sebenarnya boleh dibesarkan. Saya tengok ramai juga asal pakai jelah benda ni. Padahal boleh ditambahbaikan sikit, tanpa seposen pun.

Tengok ruang sebelah kanan yang ada, masih kosong. Caranya, log in macam biasa pada www.blogger.com, klik view blog, tengok dibawah kotak dialog box ini ada ikon spana, klik pada ikon tu, pada jumlah ketinggian anda ubah width dari 180 ke 220 dan height dari 500 ke 600. Cubalah tengok hasilnya,kalau besar sangat kecilkan sikit.

perkembangan staf


Pada bulan Jun yang lalu telah diadakan aktiviti perkembangan staf yang dinamakan Program Pemantapan Rohani dan Ukhwah Guru dan Kakitangan. Program ini bertujuan untuk memantapkan rohani dan ukhwah dikalangan guru-guru dan kakitangan sekolah dan membina semangat kerja sepasukan serta memantapkan lagi kemahiran guru-guru.

baca lagi

Blog baru


Assalamualaikum wbt. dikesempatan ini saya ingin memanjatkansetinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Allah swt di atas kemunculan blog baru saya ini. Blog ini insayallah akan dibangunkan dengan penuh rasa bertanggungjawab dan penuh amanah sebagai salah satu blog kaunseling berciri islam. Mudah mudahan Allah akan memberikan taufiq dan hidayahnya kepada saya agar blog ini akan menjadi satu wadah baru bagi dunia kaunseling , warga pendidikan dan seluruh para pencinta Islam dan yang baru ingin berkenalan dengan Islam. Sesungguhnya segala yang berlaku diatas muka bumi ini semuanya adalah ketentuan dan telah diatur oleh Tuhan (sunnatullah atau tabii alam ).klik seterusnya

Bahan Masukkan Dari Norish

Oleh : Noorhisham Hamzah,S.sos.I

KELANTAN : Perjalanan sepanjang 3 hari memberi banyak masukan kepada semua pelajar SPADA atau nama panjangnya Special Programme Alcohol and Drug Abuse. Dalam foto ini kami sedang berada di Pondok Pusat Rawatan Dadah Tradisional Darul Hanan di Wakaf Bharu.
Kedatangan kami disambut oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain bin Haji Abu Bakar dan keluarga. Kami sungguh gembira atas layanan yang begitu baik dan sempurna.

Nampaknya di sini pun ada kelainan juga dalam proses rawatan, berbanding dengan rawatan yang telah kami singgahi di Kuala Nerang Kedah minggu lalu yang menggunakan sistem Zikir Thariqah Naqsyabandiah. Di sini ada sistem rawatan tuntun, Iaitu pesakit penagih dadah ini akan dipukul dengan rotan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain sendiri seluruh badan dengan bacaan tertentu bertujuan membuang sisa toksid dalma badan penagih.

Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.

Di belakang pondok Tuan Guru ini ada kebun yang digunakan untuk penghuni bercucuk tanam. Ada tanaman pisang dan betik. Kebanyakan penghuni berasal dari negeri Kelantan sendiri dan Terengganu.





Kelihatan pensyarah USIM, Ustaz Khairi Mohammad bergambar bersama dengan Tuan Guru sebagai kenang-kenangan.

Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643. Pusat pemulihan ini mendapat kelulusan dari AADK sendiri. Saya menyaksikab pelbagai peringkat umur dari 14 tahun hingga 50 tahun lebih dan dari orang kampung hingga anak pegawai tinggi kerajaan. Betullah dadah tidak mengenal mangsa.

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi terakhir iaitu di Bachok Kelantan. Kami ke Pusat Serenti Wanita di Bachok. Disini memuatkan seramai 150 orang penghuni.

Saya sempat mengadakan sesi temubual dengan seorang penghuni disini. Alia, bukan nama sebenar, berusia 40 tahun sudahpun mempunyai 3 orang anak dan seornag suami. Di awal hidup ketika dibangku sekolah di tingkatan 4 mengenali ganja dan syabu melalui seorang rakan.

Berawal dengan kehidupan tanpa ibu dan ayah. dibela oleh seorang nenek kandung.

Keseronokan menghisap ganja membawa dirinya sehingga menjadi pusyer. Pusyer terkenal dikalangan penagih dadah sebagai pembekal dadah. Dengan kos RM200.00 dia boleh mendapatkan RM300.00 setelah di pekkan ke plastik lain.

Terlalu seronok dengan najis ini tidak menghalang dia berkenalan dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.

Suaminya mula sedar yang dirinya seorang penagih, tetapi berusaha membantu dengan nasihat supaya berhenti. Namun kata-kata itu semua bagaikan mencurah air di daun keladi. Pada suatu masa ketika menjual bahan terlarang inilah dia ditangkap dna terpaksa meringkup di pusat serenti wanita di Kemumin.

Tempoh 12 bulan tidak mampu mengubah dirinya menjadi manusia yang putus ketergantugan dengan dadah. Setelah keluar penjara, rupanya suami saya sudahpun berkahwin lagi dna kami tinggal sebumbung. Sebagai seorang penagih, amat mudah bagi hati ini untuk kecewa. Dapat saya rasakan katanya betapa sudahpun kasih sayang suami saya berkurang dan berbeza walaupun anak-anak masih menerima. Kerana kecewa berat, saya kembali menagih dan ini kali kedua saya masuk ke pusat ini. Dan sesungguhnya saya tidak mampu berdepan cabaran di luar sana apabila keluar nanti. Kemungkinan menagih semula (relapse) amat besar. Siapa lagi yang akan menerima saya. Suami dah kahwin. Kerja tiada, ibu bapa pun dan meninggal.

Saya memberikan harapan untuk menjadi insan yang baik dan doa kepadanya. Saya minta berdoa dihadapan saya setelah bercerita panjang lebar tentang hidup dan mati, susah dan ujian dalam hidup, janji dan amaran Tuhan, katanya saya ingin berubah. Lantas dia mengangkat tangan seraya berdoa. Akhir kata, tiada yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri dan tuhan tidak pernah sesekali menghalang kita untuk apa pun.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di POndok Moden Bachok untuk solat Asar dan Zuhur. Selamat Jalan...baca lagi

Terpilih...

Pada 27 hingga 30 Julai 2008, Mizani dan Safiz telah terpilih untuk menyertai Seminat Kepemimpinan PRS SBP Peringkat Kebangsaan 2008 di UUM, Sintok, Kedah. Buat masa sekarang, mereka sangat sibuk untuk menduduki ujian yang telah berlangsung ketika mereka menyertai seminar ini. Diharapkan agar selepas menduduki ujian tersebut, mereka akan memberikan laporan tentang penglibatan mereka dalam seminar tersebut. Semoga berjaya dengan ujian! Klik

Cerita Alumni

Pihak sekolah sekali lagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah di atas perasaan cinta dan kasihkan sekolah, sekali lagi anak-anak Alumni SMKA Maahad Hamidiah kembali ke sekolah untuk menemui semua adik-adik Tingkatan 5 mereka, untuk memberikan tip-tip menjadi pelajar cemerlang dari bangku sekolah sehinggalah di peringkat universiti sama ada bila belajar di luar atau di dalam negara . Klik

Ayah dan Ibu

"Ayah dan ibu, ayah dan ibu itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari." Itulah antara senikata lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman Hj Arshad. Dimanakah ayah dan ibu anda sekarang? Mungkin cerita di bawah boleh menjadi iktibar kepada kita semua.Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan darianggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik danForensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menantisaya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarangkesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busukmenusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atassofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...

Tips Peperiksaan

LANGKAH A - ANALISIS TOPIK1. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari2. Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.3. Nota-nota boleh dibuat dalam ...baca seterusnya

Perkembangan Staf

Pada bulan Jun yang lalu telah diadakan aktiviti perkembangan staf yang dinamakan Program Pemantapan Rohani dan Ukhwah Guru dan Kakitangan. Program ini bertujuan untuk memantapkan rohani dan ukhwah dikalangan guru-guru dan kakitangan sekolah dan membina semangat kerja sepasukan serta memantapkan lagi kemahiran guru-guru. seterusnya

Anda punya berita untuk hebahan?


Blog Kaunselorlangat membuka peluang kepada mana-mana kaunselor daerah untuk menghebahkan apa-apa berita yang berkaitan dunia kaunselor dan juga pendidikan. Hantarkan berita dan makluman anda ke emel afraima@yahoo.com untuk di siarkan. Jangan lupa mengepil sekeping dua gambar peristiwa sekiranya ada. Antara berita yang boleh disiarkan ialah pertukaran nombor telefon sekolah anda, ingin bertukar suka sama suka dengan rakan sekolah lain, blog atau web baru sekolah anda. Program sekolah anda yang sangat teruja bagi anda dan sebagainya.

Berita Saudara Kita

Saya terima mesej petang tadi dari seorang sahabat, menyatakan sahabat kita Puan Norzeta seorang Kauselor dari SK Kajang Utama terpaksa bercuti 4 bulan. Ini kerana anak beliau mengidap kanser. Tidak dapat dipastikan kanser apakah yang dimaksudkan. Dan saya telah hubungi Puan Norzeta dua kali untuk mendapat kepastian berita ini. Namun tidak mendapat sebarang jawapan dari beliau. Buat masa ini, saya harap berita ini boleh diterima dan sama-sama lah kita bantu beliau dengan doa, semoga anaknya cepat sembuh seperti biasa. Amin

Blog Aktif Ketika Ini, Tahniah

Telefon Percuma : scrol down. Baca artikel di bawah
Salam, saya telah menjelajahi berpuluh blog tadi, dan ini adalah sebahagian blog yang di anggap cukup baik dalam memenuhi kriteria blog kaunselor yang paling asas. Antara elemen yang paling asas ialah gambar, aktiviti murid, kotak dialog dan menu link. Lain-lain tambahan seperti jam dan haribulan adalah bonus.

Suhaimi
Cikli
Norish
Cr.Samsul
ItaRosli
SMKTS
Sg Long
SK Cheras
Adlan
Azieta
Nyai
Zakaria
Boss
SKKP
Tmn Jasmin
Seksyen 7, BBB
Beranang
SMAP Kajang
Maahad Hamidiah
Ampang Campuran
Saujana Impian
SK Ampang
Ust. Tahran
Pandan Jaya

Harap blog yang diatas ini dapat di update sekali seminggu. Masukkan gambar dan berita berkaitan sekolah.

Manakala blog lain belum sempat saya semak, dan tak dimasukkan dalam kategori blog aktif memandang bkog tersebut Lahir dalam keadaan tak cukup sifat dan syarat. Antara syarat dan sifat wajib ialah.

1. Tidak mempunyai Kotak Dialog Box
2. Tidak mempunyai apa-apa foto mahupun informasi.

Zon Blog Aktif

Tips Minggu Ini

Muat Turun dan Naik Fail
Anda ada fail yang ingin dikongsikan bersama rakan yang lain, untuk manfaat orang lain tentang pendidikan, pelajaran, keagamaan, dan apa saja. Tetapi fail itu besar dan cantik kalau diberikan bersama dengan gambarnya sekali. Anda kini bertuah, kerana ada segalanya percuma buat anda. Fail tersebut anda boleh muat naik ke http://www.zhare.net atau http://www.scribd.com dan http://divshare.net. Setelah anda muat naik fail tersebut, salin alamatnya yang boleh dicapai apabila pengguna ingin muat turun, dan link kan dalam blog anda. . Untuk melihat bagaimana proses ini berlaku. Anda boleh melayari blog Haji Fauzi SK Lembah Jaya dan klik pada link Prs. Selamat Mencoba

Telefon Percuma Dengan Yahoo Mesengger

ANDA sukakan sesuatu yang percuma? Sebenarnya kita boleh menghubungi rakan di serata dunia dengan percuma hanya dengan internet. Ya. Tak perlu bayar apa-apa. Cuma bayar letrik komputer je. Perisian yang saya maksudkan ialah Yahoo Mesengger. Ramai tidak sedar akan kegunaannya. Dan ramai juga yang telah menggunakannya untuk berhubung dengan anak dan saudara di luar negeri.

Anda hanya perlu melayari www.yahoo.com dan muat turun Yahoo Mesengger yang terletak sebelah kanan paparan utama yahoo tersebut. Klik saya download dan ikuti langkah2nya. Akhirnya masukkan senarai emel kenalan anda. Jangan lupa masukkan emel saya. afraima@yahoo.com dalam list contact.

Apabila rakan kita sedang online, satu isyarat akan bernyala, anda boleh terus call. Dan andai dia tiada di talian, anda boleh buat temujanji untuk menelefonnya. Saya biasa gunakan sistem ini untuk mengajar kawan2 yang ingin belajar tentang blog lebih lanjut. Oh, ya. jika lap top anda mempunyai kamera, bukan setakat anda boleh mendengar suaranya, dan dia mendengar suara anda (dengan mikrofon semestinya) anda juga boleh menatap wajahnya secara real dan live.

Lihat foto sebelah, klik pada call, anda boleh hubungi siapa saja.

OK, Selamat mencoba.

Persidangan Lembaga Kaunselor


Anda di jemput menghadiri Persidangan Kebangsaan Lembaga Kauselor 2008 pada 11-13 November 2008 bertempat di Legend Hotel, Kuala Lumpur baca selanjutnya

TIPS 2: BERKONGSI FAIL SECARA PERCUMA

DALAM dunia serba maju hari ini,ramai yang tidak menyedari,bahawa di internet,terdapatnya ruang-ruang untuk kita berkongsi fail dan maklumat dengan rakan-rakan yang lain secara percuma. Anda boleh memuat naik fail tersebut seberapa banyak sehingga 5GB, secara percuma di alamat www.divshare.com, atau www.zshare.net fail seperi POwer POint,Word,Jpeg, muzik, termausk video dan lain-lain sebenarnya boleh dimuatkan.

Samada untuk tatapan anda ketika kembara atau untuk diberikan kepada orang ketiga. Disini perlunya saya menulis untuk tips ini untuk memudahkan kerja kita. sebagai contoh ramai guru-guru dari daerah Hulu Langat yang terlibat secara langsung dengan LADAp, masih tercari-cari fail yang pernah diupload ke ppdhl.net,namun masih jugak tidak ketemu. Sebagai jalan mudah,pihak terbabit boleh memuat naik fail tersebut dihalaman tadi, kemudian menyalin URL atau alamat fail tersebut dan meletakkannya didalam blog sebagai link. Tuliskan tajuknya fail LADAP. Dengan ini banyak kerja-kerja tidak memerlukan tempoh yang lama hanya untuk mencari sebuah fail.

Dengan ini saya berharap pihak PPD boleh menggunakan metode ini untuk memudahkan urusan seharian.

Sekian Selamat Mencoba.
Norish.Kaunselor.com

CHAT GBKSM