Berita Hari Ini ; Jumaat 29 Ogos 2008


Berpulang ke rahmatullah di Ambang Ramadhan

Malam ini saya mendapat berita duka, bahawa telah kembalinya ke rahmatullah bapa rakan blog kita, Encik Rosli Suyot, Kaunselor Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah atau ringkasnya SAAS. Beliau yang lebih popular dalam dunia blog dengan nama Cikli. Kepada semua sahabat muslimin dan muslimat, mari kita doakan kesejahteraan arwah bapanya di alam baqa, semoga mendapat balasan syurga Firdaus yang tertinggi.


Sijil Karnival Kaunseling

Dalam pada itu, seorang rakan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Kajang memberitahu muridnya yang menyertai acara Karnival Kaunseling di Sekolah Menengah Engku Hussin belum menerima sijil lagi. Sementara itu Enset Dopod taraguna saya yang lalu sudah pun dihantar semula ke kedai lantaran semua nombor simpanan member-member lama hilang tiba-tiba apabila suatu pagi ianya di on kan. Buat masa ini, hanya ada beberapa nombor yang tersisa, ini menyebabkan saya terputus hubungan dengan rakan yang lain dan tidak dapat menghubungi anda. INi termasuklah Encik Zul, Pengerusi Guru Kaunseling Sekolah Menengah.

Harap dapat hantarkan sms, taipkan nama anda, hantarkan pada nombor 019-4424417

Noorhisham Hamzah,S.Sos.I
Pengerusi Majlis Guru Bimbingan Sekolah Rendah
Daerah Hulu Langat
Selangor

No comments:

CHAT GBKSM