Telefon Percuma Dengan Yahoo Mesengger

ANDA sukakan sesuatu yang percuma? Sebenarnya kita boleh menghubungi rakan di serata dunia dengan percuma hanya dengan internet. Ya. Tak perlu bayar apa-apa. Cuma bayar letrik komputer je. Perisian yang saya maksudkan ialah Yahoo Mesengger. Ramai tidak sedar akan kegunaannya. Dan ramai juga yang telah menggunakannya untuk berhubung dengan anak dan saudara di luar negeri.

Anda hanya perlu melayari www.yahoo.com dan muat turun Yahoo Mesengger yang terletak sebelah kanan paparan utama yahoo tersebut. Klik saya download dan ikuti langkah2nya. Akhirnya masukkan senarai emel kenalan anda. Jangan lupa masukkan emel saya. afraima@yahoo.com dalam list contact.

Apabila rakan kita sedang online, satu isyarat akan bernyala, anda boleh terus call. Dan andai dia tiada di talian, anda boleh buat temujanji untuk menelefonnya. Saya biasa gunakan sistem ini untuk mengajar kawan2 yang ingin belajar tentang blog lebih lanjut. Oh, ya. jika lap top anda mempunyai kamera, bukan setakat anda boleh mendengar suaranya, dan dia mendengar suara anda (dengan mikrofon semestinya) anda juga boleh menatap wajahnya secara real dan live.

Lihat foto sebelah, klik pada call, anda boleh hubungi siapa saja.

OK, Selamat mencoba.

No comments:

CHAT GBKSM