Berita dari e-Kaunseling

Salam dan salam sejahtera,

Kepada semua kaunselor sekolah yang terlibat dengan E-Pelaporan Perkhidmatan Kaunseling (EPPK) L8 diminta menyemak maklumat terkini di laman web rasmi EPPK di

http://www.ekaunseling.net

Sebarang pertanyaan dan permasalahan sila ajukan terus kepada

En. Norhisham Omar - 019 252 09 11
atau emailkan kepada gbksmksj2@yahoo.com

Sila ambil perhatian sewajarnya kerana maklumat L8 akan dikumpulkan tidak lama lagi. Sila maklumkan juga bagi kaunselor yang masih belum menerima latihan atau taklimat daripada Jurulatih Negeri masing-masing.

p/s : Tolong sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan lain yang lain supaya mereka tidak ketinggalan...

*Bagi kemusykilan penggunaan web EPPK sila hubungi 0143493375 (Fazlie)

Gambar Bilik Kaunseling


Salam, tuan-tuan kaunselor daerah Hulu Langat sekalian, YM Raja Mazlan sedang dalam proses menyiapkan buku BK yang baru. Jadi beliau memerlukan gambar bilik UBK sebagai contoh untuk dimasukkan dalam buku itu. Saya lihat banyak juga sekolah yang mempunyai bilik UBK cantik, antaranya SK Ampang dan SMK Saujana Impian. Jadi, silakan tuan-tuan ambil foto bilik masing-masing dan letakkan besar-besar dalam blog sekolah dan link ke sini. Saya harap YM Raja Mazlan sudi bertandang ke blog kita ini.


Dibawah ini adalah entri beliau dalam web kaunseling Malaysia.

Assalamualaikum rakan-rakan,

Kami sedang menyiapkan di peringkat akhir Buku Panduan BK yang baru. Insyallah akan sampai ke sekolah dalam tahun ini juga. Antara kandungan nya termasuk lah gambar contoh sudut-sudut Bilik BK yang menarik dan praktikal untuk panduan rakan-rakan semua terutama yang baru. Jika rakan-rakan ada sudut yang menarik di sekolah sendiri atau ternampak sudut yang menarik di sekolah orang lain, apa kata postkan/email kan gambar tersebut ke email saya, jadi boleh lah dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam buku tersebut. Letakkan bebeapa perkataan mengenalkan ruang/sudut tersebut, ok.

Tq....

raja.mazlan@bs.moe.gov.my

Menangislah

Ada banyak orang beranggapan ketika mendapatkan masalah janganlah menangis karena itu menandakan dia seorang yang cengeng atau orang yang tak mampu menyelesaikan masalah. Pendapat ini merupakan pendapat yang salah. Coba anda perhatikan, setelah menangis , banyak orang akan merasa lebih baik, dan terasa sedikit berkurang beban diotaknya. Tahu kah anda kenapa? karena menurut penilitian yang dilakukan para peniliti Universitas Minnesota menyatakan bahwa air mata dapat membawa dua bahan kimia yaitu leucine-enkiphalen dan prolactin dalam cucuran air mata emosional.
Para peneliti tersebut mengatakan bahwa leucine-enkiphalin mungkin endorpin, satu dari pembebas rasa sakit alami yang dilepaskan oleh otak ketika menanggapi serangan stress. William Frey Ph.D, seorang ahli biokimia dan pimpinan tim peneliti universitas tersebut, menduga bahwa air mata dapat membersihkan substansi-substansi tubuh yang terkumpul di bawah stress.

Dengan kata lain, menangis sepertinya menjadi cara yang sesuai dalam mengatasi stress. Namun air mata yang keluar bukan karena emosi, tidak mengandung zat kimia tersebut).
Sebaliknya, menangis yang ditahan mungkin akan berbahaya bagi kesehatan anda. sangat mungkin laki-laki dapat memperkuat stress yang berhubungan dengan penyakit karena mereka tidak menangis sebebas seperti yang biasa wanita lakukan.

Jadi MENANGISLAH…!!! jika anda benar-benar ingin menangis.

Bahan di kutip dari Management Qalbu

Perkongsian dari alumni

Pihak sekolah sekali lagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah di atas perasaan cinta dan kasihkan sekolah, sekali lagi anak-anak Alumni SMKA Maahad Hamidiah kembali ke sekolah untuk menemui semua adik-adik Tingkatan 5 mereka, untuk memberikan tip-tip menjadi pelajar cemerlang dari bangku sekolah sehinggalah di peringkat universiti sama ada bila belajar di luar atau di dalam negara . Program ini telah dilaksanakan di Masjid An Nur pada 15 Ogos 2008. Anak-anak Alumni yang hadir dalam program ini adalah terdiri dari anak pelajar yang telah bekerjaya cemerlang dan anak -anak cemerlang yang sedang belajar luar negara dan dalam negara. Semoga ikatan cinta dan kasihkan sekolah ini akan berterusan.
baca seterusnya

Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah

Pengenalan
Masalah alkohol dan dadah adalah masalah khusus dan memerlukan kepakaran yang khusus juga. Ia memerlukan program yang dibentuk khas dalam bidang pengurusan, pendidikan pencegahan, dan juga pemulihan. Dengan adanya program khas sebegini diharapkan akan lahir kumpulan yang mahir dan pakar yang dapat memberikan impak yang kukuh kepada pengurusan, pendidikan, pencegahan dan khidmat pemulihan.
Dalam menangani permasalahan ini, USIM mengorak langkah menawarkan program bertaraf Diploma Siswazah yang bermatlamat untuk melahirkan kumpulan pakar di kalangan kaunselor/personalia dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan dalam alkohol dan dadah di negara ini.
Objektif Program
Melahirkan pakar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan, pencegahan, pengurusan dan pemulihan dadah.Melahirkan pakar yang mahir dalam menguruskan permasalahan dadah.Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pencegahan dadah.Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pemulihan dadah. #
Tempoh Pengajian
9 bulan sepenuh masa. Kursus dijalankan dalam tiga penggal dan setiap penggal kuliah memakan masa 10 minggu. Pelajar akan mengikuti program internship dalam setiap penggal. Pengambilan kumpulan pertama adalah dalam bulan Mac 2005.
Tempat
Universiti Sains Islam Malaysia , Menara B, Persiaran MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur .Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah

CHAT GBKSM