Gambar Bilik Kaunseling


Salam, tuan-tuan kaunselor daerah Hulu Langat sekalian, YM Raja Mazlan sedang dalam proses menyiapkan buku BK yang baru. Jadi beliau memerlukan gambar bilik UBK sebagai contoh untuk dimasukkan dalam buku itu. Saya lihat banyak juga sekolah yang mempunyai bilik UBK cantik, antaranya SK Ampang dan SMK Saujana Impian. Jadi, silakan tuan-tuan ambil foto bilik masing-masing dan letakkan besar-besar dalam blog sekolah dan link ke sini. Saya harap YM Raja Mazlan sudi bertandang ke blog kita ini.


Dibawah ini adalah entri beliau dalam web kaunseling Malaysia.

Assalamualaikum rakan-rakan,

Kami sedang menyiapkan di peringkat akhir Buku Panduan BK yang baru. Insyallah akan sampai ke sekolah dalam tahun ini juga. Antara kandungan nya termasuk lah gambar contoh sudut-sudut Bilik BK yang menarik dan praktikal untuk panduan rakan-rakan semua terutama yang baru. Jika rakan-rakan ada sudut yang menarik di sekolah sendiri atau ternampak sudut yang menarik di sekolah orang lain, apa kata postkan/email kan gambar tersebut ke email saya, jadi boleh lah dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam buku tersebut. Letakkan bebeapa perkataan mengenalkan ruang/sudut tersebut, ok.

Tq....

raja.mazlan@bs.moe.gov.my

No comments:

CHAT GBKSM