Perkongsian dari alumni

Pihak sekolah sekali lagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah di atas perasaan cinta dan kasihkan sekolah, sekali lagi anak-anak Alumni SMKA Maahad Hamidiah kembali ke sekolah untuk menemui semua adik-adik Tingkatan 5 mereka, untuk memberikan tip-tip menjadi pelajar cemerlang dari bangku sekolah sehinggalah di peringkat universiti sama ada bila belajar di luar atau di dalam negara . Program ini telah dilaksanakan di Masjid An Nur pada 15 Ogos 2008. Anak-anak Alumni yang hadir dalam program ini adalah terdiri dari anak pelajar yang telah bekerjaya cemerlang dan anak -anak cemerlang yang sedang belajar luar negara dan dalam negara. Semoga ikatan cinta dan kasihkan sekolah ini akan berterusan.
baca seterusnya

No comments:

CHAT GBKSM