Meninggal Ketika Bermain Badminton


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, ninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan.

Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Jenazah Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dibawa ke Hospital Bentong, kira-kira jam 8 malam tadi untuk dibedah disiasat.

Isteri Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff tiba di IAB sebaik dimaklumkan pegawai kementerian berkenaan.

Allahyarham meninggalkan lima anak.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika dihubungi menyifatkan kematian Razali sebagai satu kehilangan besar bukan saja kepada keluarganya, malah generasi muda, guru, warga kementerian dan negara.

"Sukar untuk saya gambarkan rasa sedih atas kehilangan seorang yang cukup ikhlas, jujur, komited dan profesional dalam melaksanakan amanah memimpin Kementerian Pelajaran dan kakitangannya.

"Kita semua tidak akan lupa pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya yang turut bergegas ke Hospital Bentong bagi membantu menguruskan jenazah.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Jalan Kenanga, Kuala Terengganu sebelum dikebumi.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, ketika dihubungi berkata pihaknya mengambil tindakan susulan selepas menerima makluman rasmi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Mengikut prosedur, pilihan raya kecil kawasan berkenaan akan dijalankan dalam masa 60 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu," katanya.

Hasil Persidangan Guru Kaunseling

PERSIDANGAN Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan ke-3 selama empat hari di Melaka yang berakhir 6 November lalu, sebulat suara meluluskan enam resolusi untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran bagi pertimbangan dan tindakan susulan.
Resolusi itu adalah memohon kepada kementerian melengkapkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) seperti komputer riba dengan talian internet, di semua Unit Bimbingan dan Kaunseling setiap sekolah di seluruh negara. klik sambungan

Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

En.Halim menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga

Sebahagian hadirin yang hadir menunai tanggungjawab.

Program di akhiri dengan Forum yang mengundang tetamu dari AADK, Kementerian Pelajaran dan PEMADAM.

Beratur menunggu mengambil makanan tengah hari

En.Aziz, Pegawai HEM Hulu Langat dan Cikgu Rabuni SK Bandar Rinching

Antara AJK yang terlibat.

Menikmati makanan tengah hari, seorang kata masin la.

Peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya

Berkongsi maklumat, merokok membahayakan diri dan orang lain.

Haji Arman Hulu Langat


13 November 2008. USIM. Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah berjaya dan sukses. Special Programme Alcohol and Drug Addict (SPADA) selaku urusetia memang berkemampuan mengadakan program seumpama ini walau baru 4 bulan belajar. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Di awal program kami sangat cemas, di pertengahan program ada rasa sedikit gembira, dan di ahkir ada manisnya. Kami terima 120 lebih fax yang setuju hadir. Namun disebalik surat-surat yang difaks itu, ada yang tidak mengefaks terdahulu, malah jumlah peserta meningkat hingga 150 orang.Ada yang tidak mendapat fail dan jurnal Perkama. Ini semua di luar jangkaan kami.

Melihat komen dari peserta, ramai yang ingin lihat pada akan datang, program didatangkan bersama seorang bekas penagih. Nampaknya guru-guru berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang akibat dari penagihan. Kaunselor dan guru PPDa boleh menghubungi mana-mana pelajar Spada untuk menyampaikan ceramah, berkongsi cerita tentang penagih hasil dari sesi kaunseling.



En.Abd Halim selaku ketua program SPADA, sekali lagi mempromosikan SPADA kepada tetamu yang hadir. Lihat website USIM bulan Mac tahun 2009, akan keluar iklan pengambilan pelajar SPADA angkatan kelima.

Borang L4


http://www.scribd.com/doc/4709682/BORANG-L4

atau

klik sini

Kalau tak dapat jugak, kena install program Flash Player

Bila klik yang atas tu, akan keluar macam di bawah

Sila klik download, dan isikan borang

Lap Top Untuk Kaunseling Di Luluskan?

BERITA BAIK dan gembira, saudara saya, JU Kaunseling Malaysia melaporkan, hasil usaha perjumpaan beliau dengan Menteri Pelajaran, mereka jelaskan masalah dunia kaunseling, kesannya Menteri tersebut meluluskan setiap bilik kaunseling dibekalkan lap top, lcd dan talian internet.

Wah berita menarik ni. Anda boleh melihat video rakaman perbualan Dato Seri Hishamuddin di link dibawah yang di siarkan dalam web prs seperti berikut link

http://e-prsinanam.ekaunseling.net/news.php

LAPORAN TAHUNAN B&K HULU LANGAT

PERHATIAN

Kepada semua guru bimbingan dan kaunselor Daerah Hulu Langat, (Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah) di harap dapat menghantar laporan sesi setahun segera kepada Pegawai HEM, PPD Hulu Langat.

Bagi mana-mana sekolah yang sudahpun memiliki emel (untuk pengurusan kaunseling) sila emelkan pada afraima@yahoo.com bagi tujuan pengumpulan emel seluruh sekolah daerah Hulu Langat. Mulai Akan datang setiap Laporan Bulanan akan dihantar melalui emel kepada pegawai yang berkenaan.

Perjumpaan seluruh kaunselor kemungkinan pada 11 November 2008.

Bagi anda yang belum memiliki borang Laporan Terkini.

Sila Download Borang L8 disini.

Emel En.Abd. Aziz Isa : kaunselor10@yahoo.com atau pkhemppd_hululangat@yahoo.com.my

Bagi yang tidak boleh membuka program Scribd.com. Anda perlu Install Flash Player dahulu.
di tulis dan dipos oleh : norish77.blogspot.com

Emel bagi unit bimbingan dan kaunseling SJK (T) dan SJK Cina sudahpun siap. Sekolah Lain dalam proses boleh lihat di sini, password ialah mengikut nombor telefon sekolah masing-masing, anda boleh ubahnya.

http://www.scribd.com/doc/7711578/Emel-SJK-Tamil
http://www.scribd.com/doc/7712395/Emel-SJK-Cina

CHAT GBKSM