Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

En.Halim menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga

Sebahagian hadirin yang hadir menunai tanggungjawab.

Program di akhiri dengan Forum yang mengundang tetamu dari AADK, Kementerian Pelajaran dan PEMADAM.

Beratur menunggu mengambil makanan tengah hari

En.Aziz, Pegawai HEM Hulu Langat dan Cikgu Rabuni SK Bandar Rinching

Antara AJK yang terlibat.

Menikmati makanan tengah hari, seorang kata masin la.

Peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya

Berkongsi maklumat, merokok membahayakan diri dan orang lain.

Haji Arman Hulu Langat


13 November 2008. USIM. Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah berjaya dan sukses. Special Programme Alcohol and Drug Addict (SPADA) selaku urusetia memang berkemampuan mengadakan program seumpama ini walau baru 4 bulan belajar. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Di awal program kami sangat cemas, di pertengahan program ada rasa sedikit gembira, dan di ahkir ada manisnya. Kami terima 120 lebih fax yang setuju hadir. Namun disebalik surat-surat yang difaks itu, ada yang tidak mengefaks terdahulu, malah jumlah peserta meningkat hingga 150 orang.Ada yang tidak mendapat fail dan jurnal Perkama. Ini semua di luar jangkaan kami.

Melihat komen dari peserta, ramai yang ingin lihat pada akan datang, program didatangkan bersama seorang bekas penagih. Nampaknya guru-guru berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang akibat dari penagihan. Kaunselor dan guru PPDa boleh menghubungi mana-mana pelajar Spada untuk menyampaikan ceramah, berkongsi cerita tentang penagih hasil dari sesi kaunseling.



En.Abd Halim selaku ketua program SPADA, sekali lagi mempromosikan SPADA kepada tetamu yang hadir. Lihat website USIM bulan Mac tahun 2009, akan keluar iklan pengambilan pelajar SPADA angkatan kelima.

No comments:

CHAT GBKSM