Percuma Lagi, Siapa Nak

Perhatian kepada guru kaunseling sekitar Hulu Langat, Ampang dan KL, pelajar SPADA sedang membuat latihan praktikal di sekitar anda. Mulai 28 Jan hingga 03 Mac mereka dalam dunia praktikum. Banyaklah program yang kena laksanakan. Antaranya Outreach, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Individu dengan penagih, Program Pencegahan Dalam Komuniti, Sekolah, Tempat Kerja dan Remaja.

Mereka sebenarnya ramai yang masih tidak tahu di sekolah mana mereka nak pergi, dan mereka bersedia untuk memberikan ceramah kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua peringkat di atas, baik Pemimpin Masyarakat, Staf Sekolah, Guru-guru, Murid, Remaja dan Keluarga.

Anda boleh menjemput mereka yang arif dan berpengalaman dari aspek farmakologi, pengalaman bersama bekas penagih dan sebagainya ini ke tempat anda. Cepat hubungi kami, sebab kami perlu jadualkan program tersebut dari awal.

Tinggalkan nama anda dan juga nombor untuk dihubungi dalam kotak dialog box. Oh ya terlupa, masih ada yang tak tahu macam mana nak tulis pesanan kat sini. Lihat contoh dibawah untuk meninggal pesan anda.
Mudah saja. hanya 3 langkah, pada name tu tulislah nama anda, pada Blog Url tu kosong kalau tak ada blog, kalau ada, taiplah alamat blog anda betul-betul, jangan tertinggal sebijik huruf pun, dan ketiga apa mesej anda dalam Kotak Massage, sudah tu klik lah Shout. Mudah kan.

Guru BnK berpindah

Khabarnya ramai jugak guru bimbingan dari Daerah Hulu Langat yang berjaya pindah merentasi sempadan negeri. Gembira mereka atas makbulnya selama ini. Seorang guru dari bandar Kajang begitu gembira ketika dihubungi, amboi tak bagi tau kami dapat pindah ye.

Syukurlah, namun pada sekolah yang tidak berapa memerlukan perkhidmatan sokongan dari Bimbingan dan Kaunseling, setelah kekosongan di tinggalkan, tidak perlulah ke PPD memohon guru BnK yang baru. Biarlah sekolah tu kosong dari terdera perasaan manusia lain yang juga hamba kepada ALLAH.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Taklimat L4 PPD Gombak

video

Unit Kaunseling PPD Gombak mengambil inisiatif menggunakan Sistem Pengurusan Kaunseling Sekolah yang terkini. Program ini membantu menyenangkan pihak kaunselor di sekolah membuat laporan mingguan dan bulanan, kemudian tahunan.

Ia juga membantu pihak Pegawai Kaunseling di PPD untuk mengumpul data dengan sempurna. Jika selama ini banyak data tidak terkumpul semuanya kerana menggunakan sistem manual dan kalkulator, kini pegawai PPD boleh merge kesemua data yang dihantar hanya beberapa minit.

Kelab Penjegahan Jenayah

Jika di Sekolah Menengah sudah pun terdapat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), kini ianya di arahkan di adakan di sekolah rendah. Ramai guru bimbingan dan yang dilantik untuk jawatan ini.

Sehingga kini, belum ada satu perjumpaan khusus antara yang mengordinasi dan yang menerima jawatan ini, apakah objektif kewujudannya, berapa ramai, ke mana nak dibawa program ini dan sebagainya.

Cuma arahan dari GPK yang baru balik dari PPD, katanya arahan supaya di tubuhkan. Tidak menjadi masalah sebenarnya jika hanya sekadar menubuhkan, tetapi jika penjawat itu tidak daoat maklumat secara detail bagaimana nak melaksanakannya, nampaknya macam ianya akan ada sahaja dan tidak memberi apa-apa fungsi.

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum rakan, sahabat handai sekalian, saya menerima banyak jugak ucapan selamat tahun baru ini dari rakan-rakan, baik melalui, sms, emel dan blog.

Terima kasih semua dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maal Hijrah yang datang beriringan dengan tahun baru 2009. Kecanggihan dunia henpon hari ini membuat kita dapat menulis macam-macam tulisan, termasuklah tulisan jawi, ada sms yang datang pada saya salah ejaannya dalam tulisan jawi dan arabnya.

Ucapan Assalam dalam assalamualikum mualaikum dalam bahasa Jawi dan Arab ialah Alif, Lam, Sin, Lam Alif dan Mim, so, ada yang menulis macam di atas, tetapi tertinggal Lam nya, so bacaannya adalah Islamu Alaikum. Maknanya pun lain dah. Jadi kena edit hati-hati sikit. Sebab Assalam dan Islam itu 2 makna yang berbeza.

Pergilah sudah 2008, dan tak akan kembali lagi. Justeru sebagai insan muslim, hati kita perlu risau, dan ada sedikit gelisah, yakni tentang umur kita yang semakin hari semakin sedikit. Tahun 2008, umur kita masih panjang ketimbang tahun ini, dan tahun ini usia kita semakin sedikit, maknanya kita semakin mendekali ajal dan lubang kubur.

Alangkah takutnya situasi jika dikenangkan? Jika kita pegang 2 biji bateri saiz AA, satu nama Energizer dan satu lagi made in China, 3 Seringgit. Kita dah tahu dan boleh agak yang kedua bateri ini mempunyai jangka hayat yang berbeza. So begitulah waktu kita lahir, tarikh "expired date " kita sudah pun ada, cuma tidak tercop pada dahi kita.

So, kawan-kawanku yang hidup sedunia yang sementara ini, perbaikilah amal kita di sisiNya, semoga tahun ini lebih baik dari semalam dan kalaupun maut datang menjemput, kita akan pulang dengan redhaNya.

Pada kaunselor semua, jangan lupa ziarah blog saya dan berikan maklum balas pada entri yang terakhir, Klik sini

CHAT GBKSM