Kelab Penjegahan Jenayah

Jika di Sekolah Menengah sudah pun terdapat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), kini ianya di arahkan di adakan di sekolah rendah. Ramai guru bimbingan dan yang dilantik untuk jawatan ini.

Sehingga kini, belum ada satu perjumpaan khusus antara yang mengordinasi dan yang menerima jawatan ini, apakah objektif kewujudannya, berapa ramai, ke mana nak dibawa program ini dan sebagainya.

Cuma arahan dari GPK yang baru balik dari PPD, katanya arahan supaya di tubuhkan. Tidak menjadi masalah sebenarnya jika hanya sekadar menubuhkan, tetapi jika penjawat itu tidak daoat maklumat secara detail bagaimana nak melaksanakannya, nampaknya macam ianya akan ada sahaja dan tidak memberi apa-apa fungsi.

1 comment:

su said...

sekolah su da tubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah ni 2thn lepas...

Program cegah jenayah pon dah buat..ade baiknya juga KPJ ni di peringkat sekolah rendah...budak2 senang terima apa yg cuba disampaikan dlm program tersebut...

Dulu su(bhgn disiplin) yg handle semua...Tahun ni su lantik guru lain(AJK Disiplin juga) yg uruskan...sronok gak dgn ade program KPJ ni...

CHAT GBKSM