Domain Untuk Anda

Bagi yang meminati domain dengan ada nama anda dibelakang www.kaunselor.com sebagai contoh www.kaunselor.com/adlan. Namun alamat ini akan pergi pada capaian sebenar blog anda, boleh beritahu saya melalui shout mix box. Berikan nama belakang www.kaunselor.com/namaanda dan alamat sebenar yang ingin dituju. contoh http://adlanamal.blogspot.com

Mesyuarat AJK Majlis Guru Bimbingan

KUALA LUMPUR : Esok 24 Feb 2009, satu mesyuarat AJK Majlis Guru Bimbingan Sekolah Rendah akan di adakan seperti berikut :

Tempat : SK Tun Abdul Aziz Majid, Batu 14, Hulu Langat
Jam : 8.00 pagi

Semua AJK di jemput hadir. Agenda akan dibincang berkaitan program tahun ini dan lain-lain.

Teamwork Kajian Keberkesanan Pelaksanaan..


19 Feb 2009. Syukur, Profesor Madya Dr. Chan dan rakan-rakan dari Bahagian Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, melantik saya dan rakan-rakan dari SPADA sebagai teamwork kaji selidik Keberkesanan Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Rendah. Walaupun sekolah saya sendiri baru bertatih dalam program ini, itupun hasil desakan dari Puan Norizah Rahmat, selaku HEM di SK Bangi.

Saya menghubungi YM Raja Azman, bertanya sekolah mana yang telah menjalankan aktiviti PPDa dengan baik dalam daerah Hulu Langat, beliau memberi jawapan 2 sekolah, iaitu SJK (C) Ong Pong, Ampang dan SK Taming Jaya, Cheras, Kajang. Tahniah la, mungkin semua kaunselor atau guru yang terlibat dengan PPDa patut mengadakan lawatan ke sekolah tersebut.
Kami di sini sebenarnya menkaji,sejauh mana lagikah, target Dasar Dadah Negara (DDN) iaitu Sekolah Bebas Dadah 2012. Apakah ianya akan menjadi nyata atau masih jauh lagi. Team kajian akan turun dan mengadakan soal selidik dengan beberapa buah sekolah, sasaran ialah pentadbir, guru-guru dan murid-murid dari 3 kelas, yang pintar, yang sederhana dan lemah.

Hulu Langat adalah daerah yang paling ramai penagih dalam Negeri Selangor. Justeru, menjadi kewajipan yang sangat besar untuk guru-guru memikul amanah ini, bagi memastikan sekolah daerah Hulu Langat bebas dari Dadah. YM Raja Azman dan guru-guru PPDa serta kaunselor adalah orang yang bertanggungjawab membantu mereasisasikan hasrat kerajaan tadi.

Manakala di rumah, peranan ibu bapa dan di dalam masyarakat, kita mengharapkan peranan pemimpin untuk membantu membendung permasalahan ini. Saya ditanya, apakah betul-betul pernah ada orang yang sembuh dari penagihan ? Jawapan kami ialah, YA, Memang ada, dan mereka ada dimana-mana, hampir ribuan yang sembuh. Antaranya En.Hafnee dan rakan-rakan dari PENDAMAI.

Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Dr.Lily Mastura

ke atas Allahyarhamah Dr. Lily Mastura di Masjid Ikhawaniah Taman Cheras Utama, Cheras jam 09;00 pagi di kbumi di perkuburan Cheras Perdana Bandar Tun Hussein Onn jam 10 pagi.

Rumah En.Ramlan No 1, Jalan 1/SF, Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor

Buku Perkhidmatan BnK Habis

02 Feb 2009. Rupanya bukan sekolah saya sahaja yang kehabisan buku rekod bimbingan dan kaunseling. Masih ada kawan dari sekolah lain yang menghadapi masalah yang sama. Buat masa ini mereka menyalin dalam kertas yang di fotostat.

Saya telah menghubungi En.Aziz selaku Pegawai Hal Ehwal Murid yang menjaga guru kaunseling bagi daerah Hulu Langat, beliau mengatakan buku itu memang habis dan perlu bertanya pada yang lebih atas. Saya menghubungi En.Khairuddin, Pegawai Kaunseling di Jabatan Pelajaran Selangor, sepatutnya kata En.Din, pihak pembekal sudah menghantar buku tersebut kepadanya, tetapi belum jugak sampai.

Kita tunggu sahajalah, namun guru bimbingan perlu menulis setiap perkhidmatan dan sesi dengan sempurna walau tanpa buku rekod khas. KIta berharap buku tersebut akan sampai pada En.Khairuddin dan turun ke daerah-daerah pada masa terdekat.

CHAT GBKSM