Buku Perkhidmatan BnK Habis

02 Feb 2009. Rupanya bukan sekolah saya sahaja yang kehabisan buku rekod bimbingan dan kaunseling. Masih ada kawan dari sekolah lain yang menghadapi masalah yang sama. Buat masa ini mereka menyalin dalam kertas yang di fotostat.

Saya telah menghubungi En.Aziz selaku Pegawai Hal Ehwal Murid yang menjaga guru kaunseling bagi daerah Hulu Langat, beliau mengatakan buku itu memang habis dan perlu bertanya pada yang lebih atas. Saya menghubungi En.Khairuddin, Pegawai Kaunseling di Jabatan Pelajaran Selangor, sepatutnya kata En.Din, pihak pembekal sudah menghantar buku tersebut kepadanya, tetapi belum jugak sampai.

Kita tunggu sahajalah, namun guru bimbingan perlu menulis setiap perkhidmatan dan sesi dengan sempurna walau tanpa buku rekod khas. KIta berharap buku tersebut akan sampai pada En.Khairuddin dan turun ke daerah-daerah pada masa terdekat.

1 comment:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

oohh..molek gok dm sntuh fsl bk log ni.. kw dok trtanyo2 gok, pasa tk smpai lg..
buat ms ni kw tulih dale buku lain ja..

CHAT GBKSM