Teamwork Kajian Keberkesanan Pelaksanaan..


19 Feb 2009. Syukur, Profesor Madya Dr. Chan dan rakan-rakan dari Bahagian Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, melantik saya dan rakan-rakan dari SPADA sebagai teamwork kaji selidik Keberkesanan Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Rendah. Walaupun sekolah saya sendiri baru bertatih dalam program ini, itupun hasil desakan dari Puan Norizah Rahmat, selaku HEM di SK Bangi.

Saya menghubungi YM Raja Azman, bertanya sekolah mana yang telah menjalankan aktiviti PPDa dengan baik dalam daerah Hulu Langat, beliau memberi jawapan 2 sekolah, iaitu SJK (C) Ong Pong, Ampang dan SK Taming Jaya, Cheras, Kajang. Tahniah la, mungkin semua kaunselor atau guru yang terlibat dengan PPDa patut mengadakan lawatan ke sekolah tersebut.
Kami di sini sebenarnya menkaji,sejauh mana lagikah, target Dasar Dadah Negara (DDN) iaitu Sekolah Bebas Dadah 2012. Apakah ianya akan menjadi nyata atau masih jauh lagi. Team kajian akan turun dan mengadakan soal selidik dengan beberapa buah sekolah, sasaran ialah pentadbir, guru-guru dan murid-murid dari 3 kelas, yang pintar, yang sederhana dan lemah.

Hulu Langat adalah daerah yang paling ramai penagih dalam Negeri Selangor. Justeru, menjadi kewajipan yang sangat besar untuk guru-guru memikul amanah ini, bagi memastikan sekolah daerah Hulu Langat bebas dari Dadah. YM Raja Azman dan guru-guru PPDa serta kaunselor adalah orang yang bertanggungjawab membantu mereasisasikan hasrat kerajaan tadi.

Manakala di rumah, peranan ibu bapa dan di dalam masyarakat, kita mengharapkan peranan pemimpin untuk membantu membendung permasalahan ini. Saya ditanya, apakah betul-betul pernah ada orang yang sembuh dari penagihan ? Jawapan kami ialah, YA, Memang ada, dan mereka ada dimana-mana, hampir ribuan yang sembuh. Antaranya En.Hafnee dan rakan-rakan dari PENDAMAI.

No comments:

CHAT GBKSM