Terima Kasih dari Suami arwah Dr.Lily

Saya Ramlan Hamzah suami arwah Dr Lily ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan rakan-rakan dari Daerah Hulu Langat yang menziarahi jenazah arwah isteri semasa di Masjid Al-Ikhwaniah mahupun semasa upacara pengkebumian. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Aziz Isa dari Jab Pendidikan Hulu Langat yang bersama-sama saya dari malam kedua arwah berada di ICU sehinggalah selepas pengkebumian. Usaha beliau untuk menghubungi rakan2 dan memberi sokongan moral kepada saya dan keluarga amat saya sanjung tinggi. Semoga kita sama-sama berdoa agar roh allahyarhamah berada bersama-sama roh orang-orang yang baik. Al-Fatihah.

No comments:

CHAT GBKSM