Terima Kasih Kementerian Pelajaran Malaysia

Selama ini, ramai guru kaunseling yang mempunyai ijazah dibidang kaunseling atau kursus 14 minggu tidak dapat menjalankan tugas utama mereka. Perkara ini terjadi disebabkan majikan mempunyai persepsi sendiri-sendiri. Dengan alasan guru kurang, kaunselor suka mengajar dan kalau namanya guru, memang kena mengajar, itu yang agak pedih sikit, tetapi setelah adanya pekeliling khusus berkaitan tugas guru kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun lepas, ramai sudah kaunselor yang bebas merdeka dari mengajar.

Surat ini, ada yang tahu dan ramai pula yang tidar sedar akan kewujudannya. Saya sendiri belum menemuinya di laman web Kementerian (KPM), hanya lihat dari seorang kawan di sekolah TAAM.

Selama ini ada yang kalau boleh ingin saja keluar dari sekolah, disebabkan terlalu banyak tekanan, namun kini mereka gembira, sebab baru boleh bernafas dalam dunia mereka sendiri. Pun begitu, masalah kekurangan guru sedang di atasi.Khabarnya banyak juga kelas GBSR 14 minggu sekarang sedang berjalan di Institut Perguruan Tinggi. Sekali lagi Terima Kasih kepada KPM, Jabatan Pelajaran Selangor, kerana mengeluarkan surat pekeliling tersebut.

1 comment:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm tn syeikh..

kw hrp, dm broleh doh srt pkllg tu..

syukur- kpm edar awal ke sklh. cumo ado gb hok tkse buwi pd gbsr..
kw pun tpkso mitok ko sain (suhaimi) sbb gb kw tk buwi!

alhamdulillah! srt pkllg tu jd 'kekuate' kw nk kelik mace gr lain..tkyoh tiap hr kno tggu smpai kul 2..
:D

CHAT GBKSM