Cikgu Main Facebook?

Cikgu, cikgu ada Facebook tak? Tolong la add saya cikgu. Begitulah majunya zaman sekarang ini, kebanyakkan murid sudah mempunyai facebook peribadi. Bahkan sudah pandai explore sana-sini. Sedang cikgu, jangankan facebook, emel pun tak ada. Jauh sama sekali blog dan web peribadi.

Ya lah tahap kepakaran, minat dan rezki seseorang berbeza. Guru perempuan lebih kurang masa berbanding guru lelaki. Pun ada juga guru lelaki lebih sibuk dari isterinya, mengurus keluarga, murid, tuisyen, dan lain-lain.

Seorang guru, ketika di tanya soalan diatas, cikgu ada facebook tak, soalan ini di ajukan kerana penanya hendak menunjuk beberapa perkara yang perlu cikgu itu tahu berkaitan penghantaran borang L4.

Katanya tak ada. Saya berkata, buatlah satu facebook cikgu, ini sudah zamannya, kita perlu ada facebook, saya melihat orang-orang sufi dan thoriqah pun mempunyai facebook. OK OK lah kata guru ini. Malamnya, dia sudah add saya.

Wau..canggih nya..

2 comments:

ubksmkkjgutama said...

jangan main FB sampai terabai tugas sudahlah ya...

tanjong mas ceria said...

selalu di kemuncak

CHAT GBKSM