Borang SPSK

Bila anda mencari-cari dimana nak muat turun borang SPSK, disinilah jawapannya. KLIK

Polis tahan 17 lelaki kes serang pelajar sekolah

KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam serangan ke atas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana di luar kawasan sekolah itu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan itu berumur antara 15 hingga 21 tahun dan enam daripada mereka sudah menamatkan persekolahan.

"Polis memberkas tiga suspek sejurus selepas kejadian terbabit berdasarkan penemuan motosikal di lokasi kejadian yang ditinggalkan selepas kejadian.
"Susulan daripada itu, polis menahan 17 lagi suspek sehingga malam tadi ," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan hampir 30 pelajar sekolah SMK Cheras Perdana diserang oleh sekumpulan remaja yang bersenjata kayu, besi, cota dan topi keledar sehingga menyebabkan 10 pelajar dan seorang guru Penolong Kanan Sekolah cedera parah.
Menurut laporan akhbar itu lagi, serangan terbabit berlaku pukul 12.30 tengah hari sejurus pelajar tingkatan tiga, empat dan lima keluar dari perkarangan sekolah selepas tamat sesi pagi persekolahan.

Sehubungan itu, Adnan berkata bagi mengelakkan penularan budaya gangsterism dan kes pergaduhan di sekolah, polis akan bertindak segera dalam mengesan suspek yang terlibat sekaligus menyelesaikan kes sedemikian secara menyeluruh.
Beliau berkata 10 pelajar dan seorang guru yang cedera dalam serangan terbabit dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Columbia Asia Cheras sebagai pesakit luar.
Katanya kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif.
Polis masih menyiasat sekiranya terdapat saki baki mereka yang terbabit dan motif kejadian masih dalam siasatan. Kesemua mereka ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Sistem Perhubungan Sesama Kita

Salam...beberapa orang member mulai bertanya, apakah program terdekat yang bakal di adakan oleh AJK baru dilantik baru-baru ini di Hulu Langat? Nampaknya rakan-rakan kaunselor sekolah rendah sudah mulai haus program, pengisian buat mereka. Ramai juga nampaknya muka-muka baru dalam dunia kaunseling di Daerah Hulu Langat ini.

Cuma buat masa sekarang, ahli-ahli tidak dapat menyalurkan informasi, idea kepada kepimpinan yang ada.Sebenarnya, kita amat bertuah, setelah yahoo mesengger kian ditinggalkan, facebook telah mengambil alih dunia perhubungan maya ini.

Kita boleh create satu jalan perhubungan untuk kita berinteraksi.Saya percaya ramai kaunselor yang telah mempunyai akaun facebook sendiri.Samada menggunakan nama sendiri atau nama samaran.Terserah lah.

Informasi dari pihak kepimpinan pula tidak sampai kepada ahli-ahli kesleuruhannya. Hanya ahli terpilih sahaja yang dapat mengikuti program baru-baru ini ke Melaka. Mungkin ramai yang tidak tahu, kerana yang dipilih hanya untuk muat sebuah atau dua buah bas sahaja.Sedangkan jumlah kaunselor yang ada di daerah kita lebih dari 150 orang. Bayangkan sekolah rendah sahaja 88 buah. Belum lagi sekolah menengah.
Alangkah cantiknya gambar-gambar yang ada dalam facebook, laptop, power point dan bahan P&P Cikgu bila cikgu rajin edit dengan perisian Photoshop.


Tapi berapa ramai antara kita yang mahir dengan photoshop, sedangkan hati selau duk cemburu bila melihat kekawan pandai edit kawan. Nak tanya bukan mudah dia orang nak ajar kita kan.


Sudahnya kita simpan dan simpan hasrat itu sampai ke sekarang.

Tapi..

Cikgu-cikgu tak perlu risau lagi, sekarang sudah ada ratusan video tutorial bagaimana menggunakan perisian ini. Saya sendiri asalnya kosong bab benda alah ni, tapi lama-lama makin seranok, kawan-kawan pun minta buat banner, backdrop, button batch la dan lain-lain.


DVD Photoshop Top Secret adalah satu Kursus Latihan Photoshop Extreme yang mengajar anda langkah demi langkah, Bagaimana untuk mencipta grafik canggih dan Kesan khas dengan Adobe Photoshop. 4DVD-ROM ini sangat mesra pengguna dengan 16 GIGABAIT tutorial video dan fail projek. Video HD. Sangat Jelas. Anda juga boleh melayari www.photoshoptopsecret.com.


Anda boleh melihat, belajar, mengamal, dan menguasai teknik-teknik ini dimana jua anda berada, tanpa perlu hadir ke kelas yang mahal atau tutor yang rumit. PESAN SEKARANG!


Nanti Dahulu! Anda bukan sahaja akan memiliki 4DVD Utama itu sahaja. Tetapi saya akan memberi DVD Editing Potrait secara Percuma. Semuanya hanya berharga RM40 termasuk kos penghantaran termasuk Sabah dan Sarawak. Apa salahnya melabur hanya RM40 untuk ilmu sebegini seumur hidup. Jangan tunggu lagi.


TEMPAHLAH SEKARANG!


Reply jika anda berminat tentang DVD ini. Saya akan inform tentang proses pembayaran kepada anda. Terima Kasih.

CHAT GBKSM