Sistem Perhubungan Sesama Kita

Salam...beberapa orang member mulai bertanya, apakah program terdekat yang bakal di adakan oleh AJK baru dilantik baru-baru ini di Hulu Langat? Nampaknya rakan-rakan kaunselor sekolah rendah sudah mulai haus program, pengisian buat mereka. Ramai juga nampaknya muka-muka baru dalam dunia kaunseling di Daerah Hulu Langat ini.

Cuma buat masa sekarang, ahli-ahli tidak dapat menyalurkan informasi, idea kepada kepimpinan yang ada.Sebenarnya, kita amat bertuah, setelah yahoo mesengger kian ditinggalkan, facebook telah mengambil alih dunia perhubungan maya ini.

Kita boleh create satu jalan perhubungan untuk kita berinteraksi.Saya percaya ramai kaunselor yang telah mempunyai akaun facebook sendiri.Samada menggunakan nama sendiri atau nama samaran.Terserah lah.

Informasi dari pihak kepimpinan pula tidak sampai kepada ahli-ahli kesleuruhannya. Hanya ahli terpilih sahaja yang dapat mengikuti program baru-baru ini ke Melaka. Mungkin ramai yang tidak tahu, kerana yang dipilih hanya untuk muat sebuah atau dua buah bas sahaja.Sedangkan jumlah kaunselor yang ada di daerah kita lebih dari 150 orang. Bayangkan sekolah rendah sahaja 88 buah. Belum lagi sekolah menengah.

CHAT GBKSM